-->

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 24, 2011

kami di alam PJJ

salam...

aku baru setelkan online check in untuk flight besok..macam tu lah bila kita terlibat dengan pjj ni,ayik travel je memanjang..travel bukan pegi mana pon,travel nak jumpa laki je..ntah napa,tetiba pulak nak bercerita pasal kisah pjj ni..pjj ialah singkatan bagi perkahwinan jarak jauh yang sudah semakin polular dikalangan pasangan suami isteri sekarang..macam aku dan encek suami,kitorang ni salah satu contoh pasangan pjj..nak kata tak jauh,jauh la jugak walaupun senegeri..sorang kat tawau sorang kat kk...kalau drive kaw2 punya laju pun,ambik masa dekat 8 jam jugak lah nak sampai tawau kalau dari kk ni...so,nak jimatkan masa,biasanya aku/encek suami akan gunakan airasia,50 minit dah sampai...aku rasa orang2 kat eirport tu dah cam muka aku..ceh,perasan..ye lah,dah berulang alik dari kk-tawau selalu sangat..last year,aku balik dua kali sebulan..kekadang tu tiap2 minggu pon nak balik...tapi sejak perut dah mula menampakkan kebuncitan,terpaksa la aku kurangkan sebab dah kena marah oleh encek suami...dia risaukan baby kat dalam ni..aku rasa xde masalah pon asalkan sebelum minggu ke 34..ooppss..since sekarang kandungan aku dah masuk 33 minggu,so minggu ni ialah last flight aku sebelum bersalin...pas ni kena lah balik dengan keta..insyaallah aku nak balik sebelum masuk minggu ke 37...coz dengar cerita kawan2,ramai yang bersalin lebih awal dari expected due date...

berbalik pada topik asal tentang pjj..biasanya pjj ni berlaku bila suami/isteri berkerja lain daerah/negeri/negara..ataupun bila sorang sambung study,yang sorang lagi kena kerja kat tempat lain..tu je lah penyebab yang aku tau,mungkin banyak lagi sebab lain,tapi biasanya atas tuntutan kerjaya..nak hidup zaman sekarang ni memang sesak sikit lah kalau harapkan sorang je kerja..kalau dua2 kerja,at least dapatlah kurangkan sedikit beban kewangan keluarga..

bila dah jauh2 ni,jumpa pun kadang2..ada pro n cons jugak..pro satu je lah..dah kawin bertahun2 pun,masih rasa macam pengantin baru..ni pengalaman kawan aku lah,dia yang cakap...aku pulak,mmg pengantin baru lagi kn,coz belum lagi setahun usia perkahwinan aku..eheh...

sehari selepas bergelar isteri...


cons pjj pulak ada banyak..biasanya pasangan pjj ni,kena usaha lebih kalau nak dapatkan anak..ye lah,jumpa pun jarang2..so,make sure time jumpa tu betul2 masa yang sesuai..apapun suma tu rezeki dari Allah..kita cuma mampu berusaha..lagi satu masalah pasangan pjj ni,masalah ekonomi..ye lah,rumah kena ada dua,keta kena ada dua,perabot,alat2 dapur suma kena ada dua..tu yang bikin pokai tu..tak macam orang yang tinggal sekali,suma boleh share..keta share,umah share...bertuah la..tu belum masuk harga tiket flight lagi..dugaan betul buat kami berdua..harap2 cepat lah dapat dua anak,so boleh bagi kat ayah dia jaga sorang,sorang lagi mak dia jaga..sesuai sgt lah tu=)

buat masa ni,aku dan encek suami sedang sibuk siapkan rumah kat tawau,sebab aku plan nak berpantang di rumah tu..lagipun cuti 3 bulan agak panjang,so boleh la aku mendeko2 rumah tu..lepas je habis cuti tu,kitorang kena cari rumah kat kk pulak..ye lah,tak kan nak duduk rumah sewa bujang lagi time dah ada anak,kang housemate tak boleh tidur malam pulak dengar baby menangis..lagi satu dugaan tuk pasangan jarak jauh ni,kena jaga diri sendiri..ye lah,sapa nak jaga..suami kena jaga diri sendiri,isteri pon kena jaga diri sendiri..time belum ada anak ok lah..nanti time dah ada anak,cmana lah agaknya nak mengurus anak sorang2..si suami pulak jauh,xdapat tengok anak membesar kat depan mata...kesian...

jalan penyelesaian untuk pjj ni satu je,sorang kena mengalah,berenti kerja n cari kerja lain..bukan aku tak pernah fikir hal ni,pernah jugak,tapi kerja apa yang aku boleh dapat kat tawau tu yang lebih baik dari kerja sekarangni..pernah jugak MPOB kuarkan iklan vacancy,cuma jawatan yang ada untuk cawangan d lahad datu paling tinggi pun gred 41,kalau nak lebih tinggi kena transfer pegi kl sana..lagi lah jauh..tak jadi lah aku apply..pernah jugak terfikir nak berhenti kerja,tapi bila kenangkan hutang piutang yang menggunung,tak jadi lah lagi..hutang umah dah sah2 aku ambik 30 tahun,confirm lah aku kena kerja sampai pencen..encek suami pulak kerja sector swasta,company dia xde branch kat kk,ada kat bintulu n port klang jek,so kalau nak pindah kk,kena lah resign n cari kerja lain kat sini...tapi sekarang aku xde lah nak force dia sangat cari kerja kat kk ni coz aku sendiri belum stabil lagi..takut2,dia dapat kerja kat kk,aku pulak kena pegi sambung study kat luar sabah...klu kat luar sabah tak pe lagi,klu kat luar malaysia,sapa yang susah..aku dan keluarga jugak yang susah..so,biar je dulu dia kerja kat tawau..lepas habis study nanti,baru lah fikirkan cara nak setlekan masalah2 pjj...

hmm..walaupun nampak banyak cons dari pro,tapi kena lah banyak bersabar..dugaan untuk pasangan yang dah berkahwin ni macam2..kitorang yang pjj ni lain,yang tinggal sebumbung pulak lain halnya..apa yang penting,sabar dan tolak ansur dalam menempuh dugaan di alam perkahwinan..cewah,pandai je aku..

bila tengok pakcik aku,anak dia dah 4 orang,dah dekat 10 tahun pjj...semua anak dia tinggal dengan wife dia..wife dia jaga suma anak2 dorang..kalau dorang boleh,aku pon mesti lah boleh..apa pun,syukurlah ada airasia..murah+menjimatkan masa...terima kasih airasia..cewah,macam iklan lah pulak...

2 comments:

  1. kesiannya...moga terus tabah k.....

    ReplyDelete
  2. Sabar ye..Mudah-mudahan ada jalan nanti..InsyaAllah..Semua yang terjadi pasti ada hikmahNya..Lihat, saudari pjj pun dah pregnant..hikhik..saya yang tinggal serumah & hari2 bersama pun belum ada lagi rezeki pregnant..so, bersyukurlah atas semua ketetapanNya..Pasti itu yang terbaik untuk kita.. (^_^)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...