-->

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 19, 2011

jaundice...

salam 1 Malaysia..ceh,perasan lah ni..hari ni dah genap 24 minggu...syukur lah dah sampai ke tahap ni..ikutkan,esok kena buat check up,tapi macam nak mintak postpone lah,nak buat hari jumaat..g skali dgn hubby,leh la dia tgk baby dia kat dalam ni..

ntah napa tetiba pulak aku nak cerita pasal jaundice aka bayi kuning..biasa lah kalau dah macam-macam yang di baca n dengar dari kawan2..lagi2 darah aku jenis 0..orang kata,kalau darah ibu jenis 0,risiko anak kena jaundice tinggi..tu yang aku rajin cari info pasal jaundice ni..kalau nak mengelak tu,dr. pun masih tak tau cmana..

ok lah,ni info yang aku cedok dari info sihat..

APA ITU JAUNDICE?
warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar BILIRUBIN dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku
dalam masa sebulan selepas bayi lahir. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

BILIRUBIN?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis..Owh,patutlah klu baby kuning kena paksa menyusu..kalau tak,baby xdapatlah buang bilirubin tu..

JENIS-JUNIS JAUNDICE
1. Jaundice fisiologi- jaundice yang normal dan tidak membahayakan...mula 2 hari selepas baby lahir,pastu beransur hilang dalam masa 2 minggu

2. jaundice patologi- jenis ni yang berbahaya..ini disebabkan oleh pemecahan sel darah merah yang berlebihan dan ini menyebabkan peningkatan mendadak tahap bilirubin, sbb hati baby tidak berupaya untuk memproses bilirubin dengan cukup pantas..ye lah kan,baby lagi..selain itu,faktor2 lain yang boleh menyumbang pada jaundice jenis macam ni ialah seperti jangkitan di kalangan bayi baru lahir, ketidakserasian kumpulan darah Resus ibu dan bayi atau kekurangan enzim metabolisme (glukosa-6-fosfate dehidrogenase) untuk metabolisme sel darah merah..pasal enzyme2 ni aku pon tak paham..tapi bab2 darah tu aku paham la..cthnya kalau darah ibu rhesus negative n baby pulak positive..kiranya darah tu tak serasi la..lbh kurang la..

Dalam kes lebih serius, sawan atau perubahan dalam ketegangan otot boleh berlaku jika tidak dirawat dengan segera. Malah, kerosakan otak dan kematian juga boleh berlaku..nauzubillah...


3. breastmilk jaundice- prolonged (masih ada setelah baby berumur 3 mgu) dan semakin berkurangan..kes ni kira kes terpencil la...xberbahaya,cuma maknye tak boleh la minum jamu2 segala..kalau tak,masalah ni tambah melarat..

so, aku kira dah pahamlah sikit2 pasal jaundice ni..yang penting kena ikut nasihat dr...dokter tau lah tu bila nak kena buat rawatan fototerapi/tukar darah suma..iyakan je lah..jangan pulak dok p jemur baby tu d bawah matahari..kesian dia,dah la kulit dia sangat sensitif time tu..


rawatan fototerapi



tu yang pentingnya buat checkup 3 hari selepas bersalin..eh,xsure,dua hari ke tiga hari tuh...apapun,mencegah lebih baik,so cegahlah kuning melalui breastfeed secara exclusive..tapi ada pulak orang kata,lepas lahir breastmilk tak nak kuar,especially lps bersalin anak pertama..takpe2,internet ada,majalah ada...boleh la korek2 petua=)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...