-->

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 25, 2012

Iffa @masjid UMS

Salam Ramadhan,

Alhamdulillah dah 5 hari kita berpuasa. Semoga amal ibadah kita diterima. Kaum ibu macam aku ni mungkin tak dapat melakukan amal ibadah sehebat kaum bapa dek masalah masalah yang tidak dapat dielakkan...tapi, sebenarnya banyak cara untuk kita beramal kan...yang penting ikhlas, insyaAllah dapat pahala :-)

dah lama tak update pasal Iffa, satu-satunya permata hati ku sekarang...umur dia sekarang dah lebih 14 bulan...Alhamdulillah, syukur padaNya kerana mengurniakan kesihatan kepada Iffa...walaupun Iffa sedikit kecil dan kurus berbanding bayi seusia nya, tapi aku tetap bersyukur atas rahmat sihat yang dikurniakan untuk anak ummi ni...sekarang Iffa aktif berjalan dan berlari (jalan laju2)...kalau kat rumah,habis semua tempat digeledahnya, sampai ke dapur, toilet segala, maklumlah, rumah kecik...bila kat dapur, habislah tumpah segala bahan..bersepah2 dibuatnya...alahai si anak...

Iffa 13 bulan+ 


semalam dan beberapa malam yang lepas, aku berusaha untuk membawa shifa ke Masjid UMS untuk berterawih, agak sukar untuk aku menunaikan solat dengan khusyuk..maklumlah,dalam hati risau je Iffa lari kehulu hilir..walaupun dia ada kawan untuk bermain, tp aku risau kalau-kalau dia g kearah tangga,atau pun g ke ruang solat lelaki, kan dah payah aku nak mencari...so, akhirnya  aku sebok mengejar Iffa je lah kat masjid tu...tapi,mudah2an dapat pahala iktikad di Masjid....

Itu je lah buat masa ni, mudah2an di bulan Ramadhan,penghulu segala bulan ini, aku dapat mendidik hatiku untuk lebih bersabar dan melakukan segala tugas dengan ikhlas, baik dirumah ataupun di tempat kerja...semoga kita diberi taufiq untuk beramal ibadah...

jumpa lagi


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...