-->

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 7, 2012

Pengurusan Kewangan

salam...

entri kali ni bukan lah bertujuan nak mengajar cara2 untuk mengurus kewangan...cuma aku rasa,hidup hari ni memang kena bijak mengurus kewangan...atas kesedaran ni, aku terpanggil untuk join seminar pengurusan kewangan anjuran UMS n AKPK...tapi, dah call extension secratariat dia, dorang cakap salah number lah pulak...hairan...

berbalik pasal pengurusan kewangan...apa yang korang buat dengan gaji korang?macam aku,pendapatan tak seberapa...cukup2 lah untuk sara hidup...saving sikit,tu pun dengan potongan gaji bulanan,kalau nak harap sendiri,memang tak akan tersimpan duit tu...dulu aku pernah dengar kat radio, caller tu dah pencen dan bercerita pasal pengurusan kewangan dia semasa masih berkerja sehingga dia boleh bergelar jutawan selepas pencen...hebat kan...apa yang dia buat ialah, save 30% duit gaji dia tiap bulan...so,kira kalau gaji 3000,boleh belanja 2000 je lah, yang seribu lagi anggap xde...patutlah dia dapat jadi jutawan time dah pencen....

bila aku tanya diri sendiri, nak jadi macam dia ke tak...fikir2,memang best kalau dapat merasa hari tua yang gemilang...tapi, kalau lah Allah tentukan kita hidup tak lama, ye lah kan...ajal maut ditangan tuhan...buat penat je nak kumpul duit, last2, ntah sapa2 je yang dapat nikmatnya, kalau anak2 yang dapat, syukurlah...tp kalau jatuh ketangan orang yang xpatut2, tak ke naya...kot la xsempat nak buat wasiat...ni lah aku ni,bfikiran negatif sokmo...bila lah nak berubah hai ummi shifa...

ni aku nak cerita apa yang aku buat sekarang...so far,aku berpuas hati jugak dengan pengurusan kewangan ku...cewah...aku ni makan gaji semata dekat UMS ni, bukan ada sumber kewangan sampingan...xreti nak buat bisnes2 segala...so, dengan duit gaji secoet tu lah aku tolak kiri kanan depan belakang membayar segala2nya tiap bulan...untuk orang2 yang makan gaji macam aku ni, yang gaji xde nak maik mendadak, tapi stabil, biasanya memang banyak komitmen...untuk keperluan, aku ada buat pinjaman rumah dan kereta...pas tu ada ambik medical card tuk diri sendiri n anak, penting ni untuk apa2 kes emergency, minta-minta d jauhkan bala,cuma beringat sebelum terkena...untuk saving pula, adalah sedikit, lebih kurang 10% je...xde lah banyak macam makcik jutawan tu...setiap bulan memang ada peruntukan untuk travel...bukan untuk aku je ye...tp untuk sapa2 yang jaga anak aku, especially mak aku...ulang alik dari tawau - kk...kesian dia...tapi kat sini,budget nursery tu xde lah...jimat...dan yang penting,aku bukanlah orang yang menilai sesuatu berdasarkan brand...so,memang jimat disini...

untuk investment pula..aku ambik polisi insuran yang ada investment sekali...tp sikit2 je lah...xbanyak...lain2, belum ada, hari tu ada buat ASB loan, tapi plan nak tutup...xconfident dengan halal/haram pelaburan ni...pas tu aku plan nak melabur dalam pelaburan emas, tapi ntah bila nak start...xde support dari family, so susah aku nak start...hari2 dok dengar je lah berita pasal turun naik harga emas...hmmm

kesimpulannya, kalau dah ada pendapatan tu, memang akan ada banyak komitmen, orang cakap banyak nasi,banyak lah keraknya...apa yang paling penting dalam pengurusan kewangan ialah cara menguruskan perbelanjaan dan memastikan kita ada simpanan, perlindungan dan pelaburan (ni kalau ada terlebih la)..last but not least, budget tuk holiday...yeyeh...untuk kebahagiaan keluarga...ehehe...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...