-->

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 26, 2011

dinner @ Gayang

sapa yang xkenal dengan Gayang Seafood Restourant klu kat kk ni...Seafood dia fresh2 n sedap lah sangat2...so far,restoran ni je yang selalu aku suggest kt member2 yang datang dari jauh..harga pon,ok2 lah..xlah mahal sangat kalau nak d bandingkan dengan Kampung Nelayan kat bukit padang sana...so,bila dengar je bos husband aku nak belanja makan kt Gayang,aku pon heppy lah nak tompang sekaki menegangkan perut yang memang dah sedia tegang ni...kenyang memang kenyang ler..tapi bila tengok bil yang mahal tuh...owh memang gile..nasib baik lah org belanja=)


Gayang Seafood Restaurant waktu siang


sempat snap time tgh pilih2 lauk


besar ikan ni owh..tuk makan 10 org sesuai













antara menu baru yang aku try malam tadi ialah ikan masak ala nyonya, udang pasir goreng (shell dia pon blh makan sekali), ketam gorent telur masin n mix vege...yummy...sooodap..tapi xsempat nak ambik gambar sebelum makan..dah habis licin tinggal tulang,baru lah teringat..gambar kat bawah ni aku cedok dari website gayang jer..


ikan masak ala nyonya


rupa udang pasir (mantis prawn)sebelum d goreng


puas hati tgk pinggan suma licin...


wajah2 kekenyangan...klu timbang confirm naik berkilo2..


dessert..yang ni free je...














dah balik dah husband aku tghari tadi..huk huk huk..sedih ni..hampir seminggu gak dia kt kk ni..tapi takpe,next week aku pulak balik tawau..xsabar nak balik...nak tengok keadaan rumah yang xsiap2 lagi tuh..harap2 dapatlah siap macam yang diharap..fulus pun dah semakin kering..karang rumah siap,tp isi pulak tarak...haiya,jangan lah mcmtu...

Wednesday, January 19, 2011

jaundice...

salam 1 Malaysia..ceh,perasan lah ni..hari ni dah genap 24 minggu...syukur lah dah sampai ke tahap ni..ikutkan,esok kena buat check up,tapi macam nak mintak postpone lah,nak buat hari jumaat..g skali dgn hubby,leh la dia tgk baby dia kat dalam ni..

ntah napa tetiba pulak aku nak cerita pasal jaundice aka bayi kuning..biasa lah kalau dah macam-macam yang di baca n dengar dari kawan2..lagi2 darah aku jenis 0..orang kata,kalau darah ibu jenis 0,risiko anak kena jaundice tinggi..tu yang aku rajin cari info pasal jaundice ni..kalau nak mengelak tu,dr. pun masih tak tau cmana..

ok lah,ni info yang aku cedok dari info sihat..

APA ITU JAUNDICE?
warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya kadar BILIRUBIN dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku
dalam masa sebulan selepas bayi lahir. 50% bayi akan mengalami jaundis pada minggu pertama kehidupan.

BILIRUBIN?
Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses di dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis..Owh,patutlah klu baby kuning kena paksa menyusu..kalau tak,baby xdapatlah buang bilirubin tu..

JENIS-JUNIS JAUNDICE
1. Jaundice fisiologi- jaundice yang normal dan tidak membahayakan...mula 2 hari selepas baby lahir,pastu beransur hilang dalam masa 2 minggu

2. jaundice patologi- jenis ni yang berbahaya..ini disebabkan oleh pemecahan sel darah merah yang berlebihan dan ini menyebabkan peningkatan mendadak tahap bilirubin, sbb hati baby tidak berupaya untuk memproses bilirubin dengan cukup pantas..ye lah kan,baby lagi..selain itu,faktor2 lain yang boleh menyumbang pada jaundice jenis macam ni ialah seperti jangkitan di kalangan bayi baru lahir, ketidakserasian kumpulan darah Resus ibu dan bayi atau kekurangan enzim metabolisme (glukosa-6-fosfate dehidrogenase) untuk metabolisme sel darah merah..pasal enzyme2 ni aku pon tak paham..tapi bab2 darah tu aku paham la..cthnya kalau darah ibu rhesus negative n baby pulak positive..kiranya darah tu tak serasi la..lbh kurang la..

Dalam kes lebih serius, sawan atau perubahan dalam ketegangan otot boleh berlaku jika tidak dirawat dengan segera. Malah, kerosakan otak dan kematian juga boleh berlaku..nauzubillah...


3. breastmilk jaundice- prolonged (masih ada setelah baby berumur 3 mgu) dan semakin berkurangan..kes ni kira kes terpencil la...xberbahaya,cuma maknye tak boleh la minum jamu2 segala..kalau tak,masalah ni tambah melarat..

so, aku kira dah pahamlah sikit2 pasal jaundice ni..yang penting kena ikut nasihat dr...dokter tau lah tu bila nak kena buat rawatan fototerapi/tukar darah suma..iyakan je lah..jangan pulak dok p jemur baby tu d bawah matahari..kesian dia,dah la kulit dia sangat sensitif time tu..


rawatan fototerapi



tu yang pentingnya buat checkup 3 hari selepas bersalin..eh,xsure,dua hari ke tiga hari tuh...apapun,mencegah lebih baik,so cegahlah kuning melalui breastfeed secara exclusive..tapi ada pulak orang kata,lepas lahir breastmilk tak nak kuar,especially lps bersalin anak pertama..takpe2,internet ada,majalah ada...boleh la korek2 petua=)

Saturday, January 15, 2011

langkah awal...

salam...tetiba pulak terasa bersemangat blogging malam2 butes ni...almaklum lah,blog ni sudah berwajah baru..ceria sikit la banding sebelum ni..sebenarnya tak de apa pon aku nak cerita...saja2 jer nak mengisi masa lapang weekend ni yang tersangatlah boring...next week insyaallah xboring...my boss nak datang kk you...boleh la mintak dia bawak g jalan2...tapi nak pegi mana pon ai xtau lah kat kk ni..akan d pikir2kan kemudian...

sejak mengandung ni, rajin jugak la membaca apa2 bahan bacaan yang berkaitan dgn parenting..untuk persediaan lah kunun-kunun...selain persediaan dari segi kewangan,kena lah jugak menimba ilmu sebanyak yang boleh kan kan..buku yang macam newspaper memang aku tak minat lah..paling aku minat,majalah pa&ma...sehari aku leh khatam satu majalah=)tapi pas tu lupa lah...lalalala...sesia jek...

rasanya ramai dah tau pasal kepentingan penyusuan susu ibu untuk anak2 yang baru lahir..yang paling penting of cos la untuk baby coz dapat faedah imunisasi n dapat kurangkan jaundice..macam2 lagi lah kalau baca kat majalah ni..aku pon adalah salah satu d antara yang bercita-cita lah kunun untuk bagi susu ibu exclusive selama 6 bulan...so,aku dah beli..jeng jeng jeng..
manual jer dulu untuk permulaan


comel kan botol2 susu ni..rasa xsabar pulak <3>

beg ni nanti kena bawak ke opis..


suma barang2 kat atas ni penting kalau dah start berkerja nanti..kalau ikut parents aku,dorang xprefer lah beli barang2 baby ni awal2...kalau boleh,dorang nak beli time dah lahir nanti...tp elok jugak beli awal2 ni,boleh ambik masa survey2 harga n baca review orang...tapi so far,ni je lah yang aku dah beli pon..

Tu je lah nak share kat sini...next time sambung lagi...tada...



Tuesday, January 4, 2011

bla bla bla...membebel...

hari ni dah masuk hari ke 5 kita d tahun 2011..semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya..semoga rahmat dan redha Allah sentiasa bersama kita..banyak kenangan pahit dan manis aku tahun 2010,tapi syukurlah,tahun 2010 memang jauh lebih baik dari tahun 2009. Apa yang penting,semoga setiap tahun akan ada perkara baik yang berlaku yang akan kita kenang sampai bila-bila..mudah2an...amin..tahun ni pulak,harapan terbesar aku adalah untuk melahirkan anak yang sihat,sempurna dengan selamat..harap2 baby lahir normal ya..

dah genap 22 minggu aku pegnant kalau ikut LMP...sekarang ni tengah tunggu doktor pakar O & G ada kat klinik permai tu, baru aku g buat scan gender n nak tau macam2 la pasal baby aku ni...harap2 doktor tu datang minggu depan,jangan lah minggu ni pulak coz ujung minggu ni nak balik kampong...

nak crita pasal apa kat sini,aku pon tak tau lah..saje je boring2..kalau ikut kan memang banyak je kerja-kerja admin yang kena setel kan..awal2 pagi ni,ketua program call mintak analisis course outcome yang last sem punya..satu apa pon aku tak buat lagi..semalam pulak aku kena call oleh bendahari PPI,mintak laporan kewangan pendahuluan workshop,baru tadi lepas hantar report tu ke PPI, hantar claim sekali la...claim,cepat2 lah masuk...banyak nak guna duit ni...bunyi macam banyak je claim,padahal seratus je pon..claim pergigian..untung gak kerja dengan UMS ni,boleh claim rawatan pergigian sampai 300 setahun..klinik panel pon berlambak je kalau kat kk ni...nak buat monthly check up pregnancy pon boleh..syukur la nak...tapi aku tetap setia pada klinik kesihatan luyang..takpe lah,walaupon jauh dari UMS ni,payah lagi tu nak cari parking,tapi arahan laki punya pasal,aku ikut aje lah...

bercampur2 pulak carita aku ni...xpa la,ni lah guna blog...nak cakap apa pon boleh kan kan...lama gak rasanya aku tak membebel pasal student2...semester ni belum ada apa yang aku nak bebelkan,cuma semalam aku buat kelas,ada 6 orang je yang muncul..tu pon lepas tunggu hampir 10 minit..sabar je lah ibu mengandung ni..penat2 aku panjat tangga tu sampai tercungap2 semata-mata nak jumpa 6 orang student ni...tapi tak pe la,aku paham jgk,ni kan baru 1st week..adat lah tu..yang penting semester ni aku ada satu subjek je..student pon tak ramai..lega lah sikit coz aku nak start cuti dah ujung bulan april nanti...final exam nanti,tapau je paper budak-budak ni bawak balik kampong...

tentang career tahun ni,tak banyak yang aku target coz cuti bersalin sudah 3 bulan,cuti rehat pon boleh ambik sampai 40 hari...so,nampak gaya nya,banyak bercuti je lah kn..ehehe..cuma,aku harap dapat habis kan geran tahun lepas dan apply geran baru...cuba lah nasib,kot-kot lah dapat kan...pas tu harap2 dapat buat paper dan cari tempat sambung study...sambung study?owh,tahun ni belum lagi lah...bak kata orang,nak kembangkan family dulu...ye lah,sejajar dengan falsafah..family come first..ahaha...

ok lah,dah tak tau nak bebel apa dah..ok..jumpa lagi..da da
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...